Layar sayap

BMW Oracle Racing <i id="mwCQ">USA 17</i> daripada Piala Amerika 2010, dengan layar sayap tegar sebagai layar utama dan layar cucur konvensional di haluan
Daya pada sayap (hijau = daya angkat, merah = daya seret).

Layar sayap, layar kulit berkembar[1] atau layar kulit berganda[2] ialah sebuah struktur aerodinamik dengan kamber (permukaan melengkung di depan sayap) yang boleh diubah dan dipasang pada kapal laut sama seperti layar biasa. Layar sayap adalah seperti sayap pesawat cuma ia direka untuk memberikan daya angkat pada kedua-dua belah kapal. Sayap pesawat menyelaraskan kamber dengan kepak manakala layar sayap menyelaraskan kamber dengan struktur fleksible atau bersendi (dalam layar sayap keras). Layar sayap biasanya dipasang pada andang-andang yang tidak bertambat—selalunya diperbuat daripada gentian karbon kerana ringan dan kuat. Geometri layar sayap memberikan lebih banyak daya angkat, dan daya angkatnya lebih seimbang dengan daya seret, daripada layar biasa. Layar sayap adalah lebih kompleks dan mahal daripada layar konvensional.[3]

  1. ^ Reed, Dave (August 27, 2019). "Intel on the AC75's Twin-Skin Main". Sailing World (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-28.
  2. ^ Griffin, Jack (August 27, 2018). "AC75 Double Luff Mainsail". www.sail-world.com. Dicapai pada 2020-12-28.
  3. ^ Nielsen, Peter (14 Mei 2014). "Have Wingsails Gone Mainstream?". Sail. Dicapai pada 2015-01-24.

Developed by StudentB